Ohmyhome Masuki Pasaran Negara

Ohmyhome

Published: 4 July 2019 in Kosmo! Online

KUALA LUMPUR – Penyedia urus niaga hartanah dalam talian dari Singapura, Ohmyhome Sdn. Bhd. (OMH) bakal mengembangkan perniagaannya di Malaysia bermula di Lembah Klang menjelang akhir bulan Jun ini sebagai langkah merancakkan lagi industri sedia ada.

Dilancarkan pada September 2016, OMH yang merupakan agensi hartanah berlesen, mahu memudahkan lagi urus niaga pe­langgan di negara ini dalam bidang hartanah dengan menjadikann transaksinya lebih mudah, pantas dan berpatutan.

Ketua Pegawai Eksekutif OMH, Rhonda Wong berkata, sebelum ini syarikat sudah mempunyai perancangan untuk mengembangkan perniagaan ke Malaysia tetapi mahu memastikan platform di Si­ngapura menjadi lebih kukuh terlebih dulu sebelum diperluaskan.

“Malaysia berpotensi kerana pasarannya yang lebih besar, kami memberikan dua pilihan kepada pengguna untuk berurus niaga ia¬≠itu de¬≠ngan melakukannya sendiri atau dipanggil Do It Yourself (DIY).

“Melalui kaedah tersebut, pengguna boleh berhubung secara terus dengan penjual tanpa ada penglibatan orang tengah dan lebih istimewa, tiada sebarang caj dikenakan.

“Kaedah kedua pula bersesuaian buat mereka yang tidak mempu¬≠nyai masa serta kurang berpe¬≠ngalaman, sehubungan itu OMH bersedia menawarkan bantuan ejen bertau¬≠liah yang dipilih serta dilantik oleh syarikat untuk membantu pelanggan.

“Bagaimanapun bagi servis ini terdapat caj atau komisen yang akan dikenakan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Sehingga kini, OMH telah membantu lebih daripada 2,500 transaksi di Singapura dengan kira-kira 50,000 pengguna aktif setiap bulan.

“Di Malaysia pula, OMH me¬≠nyasarkan untuk mendapatkan 1,000 penyenaraian pada bulan pertama pelancaran dan 100 transaksi dalam tiga bulan pertama,” katanya.

Subscribe Now

Get a notification every time we upload a new blog post.

SHARE WITH YOUR FRIENDS!

Featured Blogs

Your one-stop guide for must-know HDB tips